Kewarganegaraan | Resit permohonan boleh jadi dokumen pengenalan sementara

2023-02-22 14

Resit permohonan kewarganegaraan di bawah perkara 15(A) Perlembagaan Persekutuan yang dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh digunakan sebagai dokumen pengenalan diri sementara.

Ia bagi membolehkan kanak kanak yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau status kewarganegaraannya masih dalam proses mendapat hak pendidikan dan kesihatan

Jelas Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah, perkara itu telah dipersetujui bersama semasa perbincangan dengan Menteri Dalam Negeri , Datuk Saifuddin Nasution Ismail baru-baru ini.

Free Traffic Exchange